Monday, September 21, 2009

SALAM AIDILFITRI


selama sebulan aku berehat dari update blog sempena ramadhan al-mubarak, kini setelah ramadhan berlalu, aku ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua insan yang kenal aku..
ampun maaf dipinta sekiranya ade terkasar bahasa sama ada sengaja atau pon tidak...salam lebaran...

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI


First of all, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada sume..diharapkan agar ramadhan pada kali ini dapat memberi seribu makna dan keinsafan dalam diri kita..sempena bulan yang mulia ini marilah kita berdoa kepada Allah Swt supaya dimurahkan rezeki dan dibukakan pintu taubat..amin...
Em..bercakap mengenai bulan puasa, thn ni Alhamdulillah thn ke dua aku berpuasa bsame kwn2 kat segamat ni..banyak yg dah berubah..yela dulu kat umah nak makan ape pon mak masak kan,beli kat bazar..tp bila dah meningkat dewasa pandai2 la nak idup...hehehe..
Sunyi la..skrg baru aku tahu nilai kekeluargaan..kite akan rasa sunyi bila jauh dari keluarga tercinta..dulu ati meronta2 nak tggl jauh dari family..bila dah tercapai,lain plk ceritanya..jiwa remaja la katakan..bln puasa pada aku byk kelainannya..aku harap pada thn ni kesedaran datang dalam diri aku..xde lagi sikap mls tahap melampau..Insyaallah..yg pasti ape yg paling seronok bila time berbuka dgn kwn2..mcm2 ragam blh nmpak..Insyallah by next week aku balik kalau xde pape aktiviti..nak berpuasa bsama family..Semoga mendapat keberkatan dari Allah Swt...

Wednesday, August 12, 2009

RAGAM SI KECIL

Bila aku upload gambar budak2 kecik ni baru aku perasan yang dorg adalah sepupu2 kesayangan aku n nak tau x betapa susanhya nak amik gamba dorang depan2. Antaranya:
MODEL PUTING

IMAN SUFIAH

PERTANDINGAN GIGI CANTIK

SERIUSNYA MUKA...

ADIK N ABANG

XDE BESAR LG KE?? HEHE

AKSI MANJA

AKU N NURHANIS MAISARAH

MUHAMMAD HARITH MUAZZIN
Ni je la aksi2 mereka yang aku kumpul wat masa sekarang. Yang lain sume hancus..tapi wlu ape pon mereka adalah pengubat jiwa n raga aku. Tanpa mereka aku rasa hidup ni suram n x gembira. Nakal, degil, bising, pengacau, perosak, sume aku bagi mereka pegang. Hehehe...
Kadang kat rumah tu macam ade tarzan n Kadang2 sampai xmandi aku dibuatnya..
Tapi pada aku budak kecik ni xmenyusahkan langsung..wat aku happy ade la..
Sayangilah kanak2 ok.....

Saturday, August 8, 2009

AL FATIHAH

Sama2 la kita sedekahkan Al fatihah kepada rakan kita iaitu pelajar uitm Segamat yang baru meninggal dunia akibat serangan virus H1N1 pada 7 August 2009, Jumaat..
A Fatihah.......

Thursday, August 6, 2009

RESAH DAN GELISAH

hmm..aku skrg rase resah n gelisah.nak tau pasal ape???? sebenarnya aku pon xde jwpan yg sure knape aku rase mcm nii..mybe sbb asgmnt aku skrg dah start diberi oleh pensyarah aku kot,.aku xstart lg ape2 pon..rase kosong yg amat..bile nak start nak wat je tbe2 rase idea tu xde..dah lari jauh dah..agaknye keje last minit tu adalah yg paling smpurna kot..agaknye la..lagi satu hal adalah mybe sbb skrg tgh tersebar luas wabak H1N1 tu..sdikit sebnyk aku pon tkena tempiasnye..sape xtkot oii..org mati je pasal pyakit tu aku dga dah cecah angka ratus kot..tkut ttp tkut..skrg kat campus aku pon dah start pakai mask yg dorg bagi tu..aku xstart pakai lg..nnt la aku kene take time dgn kdaan mcm ni..bkn ape aku cume rase mcm kat negara yg btul2 di tahap bahaya..aku xpnh lalui situasi mcm ni..aku btul2 rase asing..aku harap sumenya akan jdk ok..bile bnde2 ni jdk fikiran aku tbe2 melayang kat org yg aku syg..mak..abah..adik bradik aku n sape2 yg dekat dgn aku slame ni..sihat ke dorg kat sane??? setiap pg ati aku akan ttnye2 sama ada dorg ok ke x..hm xtau la..fikiran aku rase kosong sgt smpai aku jdk xkeruan n xtau nak wat ape..blog aku pon tbengkalai mcm ni je,,tolong...aku btul2 harap sume akan jdk sperti sedia kala...INSYALLAH

Tuesday, July 21, 2009

16 TANDA KEMATIAN MULIA

Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah

Friday, July 17, 2009

ART SHOW GALLERY 2009

pandangan dari tgkat atas..wow..

duit gergasi..kagum..

wat btul2 tak kan dpt..ni pon jdk la...amek kau!!!

lukisan yg mmerli pihak yg tamakkan minyak..haha

jgn terpedaya..sama tp x serupa..hehe

lakaran yang tak dpt ditafsirkan oleh aku

masyarakat cine n nilai kasih syg

aku tak tau ape maknenya tp lukisan mmg nmpak real


eskot2 aku yg amat lah teruja bgambar..haha

aku sempat lg amek gmbar dgn angkasawan cina..hehe

antara lukisan gergasi yg dapat ditemui

ape la yg aku wat ni???

pose istimewa edisi si kecil

Masa pergi Danga City Mall (dulu dikenali sbg BestWorld) tu rase teruja sgt. Maklum la dapat jugak aku ilangkan tension kat umah. Aku dapat jgk menilai ssuatu karya tg dihasilkan oleh pelukis2 tanah air wlupon aku tak kenal sape pon dorg sume. Tp lukisan2 tu sume wat aku rasa kagum dan tabik spring kat dorg sume. Ada antara lukisan tu smpai mencecah ratusan ribu. Aku jdk pelik yg amat. Dlm ati aku sempat berkata, "aik..lukisan mcm ni pnye rupe pon blh jdk kaya". Itu lah antara kata2 yg akan dikeluarkan oleh org yg buta seni mcm aku ni..hehe..
Banyak gmbar2 yg ktorg amek tp tgh2 syok tgkp gmbar bateri plk camera akak aku plk abes. Rasa rugi plk sbb time ktorg pegi tu adalah hari yg terakhir so x ramai org..Banyak pngajaran aku dpt pd hari tu. last skali trimas di ucapkan kpd akak aku yg menaja kenderaan..and trimas gak kat gibam sbb teman akak2 kau ni bejalan...lastly aku harap dpt pegi lg bile ade show2 mcm ni di lain hari.....