Saturday, October 17, 2009

HARGAILAH KASIH SAYANG SEBELUM TERLAMBAT

Kadang-kadang, apabila seseorang insan itu ada di depan mata dan dekat dengan kita, kita langsung tidak menghargai kasih sayang yang dicurahkannya seiklas hati....
Kita tidak sedar bahawa kasih sayangnya yang ikhlas itu amat mahal nilainya sehinggalah kita telah kehilangan insan tersebut....
Kita baru akan tersedar dan terasa kehilangannya apabila insan yang menyayangi kita sepenuh hati itu pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya....
Pada waktu itu, semuanya sudah terlambat untuk kita rasa menyesal dan sudah terlambat untuk mencurahkan kasih sayang kita padanya....
Insan yang menghargai kasih sayang akan berasa bahagia walaupun berjauhan dengan pasangannya kerana dalam masa yang sama dia telah membahagiakan pasangannya itu dan yakin dia sudah memberikan yang terbaik buat pasangannya.....

1 comment:

  1. sejak bila dah pndai membait kata2 puisi indah ni ha? sape ajar????
    dahsyat siot!
    hahahahahahahaha

    ReplyDelete