Friday, October 23, 2009

FALLING IN LOVE?? Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...



12:Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11:Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Sunday, October 18, 2009

CINTA 4 MUSIM

“Permulaan higgalah pengakhiran bagi sebuah percintaan mungkin mengikut peringkat, macam empat musim ....
Bila mula bercinta, terasa semuanya indah, bahagia dan semua kenangan sangat manis macam musim bunga ... sentiasa bersemangat ....
Bila dah agak lama bercinta tiba satu masa wujud pula pergaduhan buat kali pertama ...diikuti pula dengan proses berbaik semula...dan akan bergaduh semula...dan berbaik semula...macam suasana musim panas...sekejap cerah sekejap mendung.....
Di tengah percintaan pula masing-masing mengikut hati dan perasaan sendiri tanpa disedari...hati pula akan rasa terluka yang teramat sangat...perasaan yang melanda ini lebih kurang macam musim bunga...30% panas dan 70% sejuk...
Bila sudah tibanya musim salji, percintaan mungkin telah sampai ke jalan buntu...pada peringkat akhir ini adakah kita sanggup menempuh dugaan dalam menghadapi musim salji ini atau menjelmakan semula musim bunga seperti sewaktu permulaan bercinta dahulu...atau mencari satu tempat yang tidak bersalji untuk menanti satu percintaan yang baru???
jawapannya mungkin kita berada di jalan buntu.......................

Saturday, October 17, 2009

HARGAILAH KASIH SAYANG SEBELUM TERLAMBAT

Kadang-kadang, apabila seseorang insan itu ada di depan mata dan dekat dengan kita, kita langsung tidak menghargai kasih sayang yang dicurahkannya seiklas hati....
Kita tidak sedar bahawa kasih sayangnya yang ikhlas itu amat mahal nilainya sehinggalah kita telah kehilangan insan tersebut....
Kita baru akan tersedar dan terasa kehilangannya apabila insan yang menyayangi kita sepenuh hati itu pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya....
Pada waktu itu, semuanya sudah terlambat untuk kita rasa menyesal dan sudah terlambat untuk mencurahkan kasih sayang kita padanya....
Insan yang menghargai kasih sayang akan berasa bahagia walaupun berjauhan dengan pasangannya kerana dalam masa yang sama dia telah membahagiakan pasangannya itu dan yakin dia sudah memberikan yang terbaik buat pasangannya.....

Thursday, October 15, 2009

ANTARA PERSAHABATAN, PERCINTAAN & ..........

Terima kasih..kedua2 nya membawa impak besar dalam hidup aku..terima kasih kembali..persahabatan yg tidak ternilai harganya dan percintaan yang membawa aku kenal realiti kehidupan yg sebenar..setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..percayalah..